Ahad, Januari 31, 2010

Coming soon...

Assalamualaikum... lama jugak tak menulis, sampai ader kengkawan tanya, dah tak de idea ke? Hehe.. Sebenarnya, banyak benda yang nak dikongsi cuma kengkangan masa membuatkan hasrat untuk menulis tertangguh dari sehari ke sehari...
Apa yang nak aku kongsi hari ni, lebih kepada sesuatu yang menguja hati aku dan husband. Alhamdulillah, setelah hampir enam tahun menanti, Insya Allah, kami bakal dikurniakan our second baby this coming August. Of course yang paling excited Amanda... Tak sabar nak ajak pergi beli baju baby. Sampai kadang-kadang pening kepala aku.. Mujur jugak dia jenis yang mendengar kata and itu pun setelah dia puas hati dengan explaination aku, kenapa tak boleh beli baju baby lagi.. This girl has a lot of questions, kalau dia tak puas hati.. So, sabar je lah dalam menjawab semua soalan2 dia tu.. But good for her la, she can learn something maybe faster than other..
Ini kali kedua experience aku pregnant. Well, memang berbeza dengan tempoh pregnantkan Amanda dulu. Seingat aku, time Amanda dulu, aku tak kena pun morning sickness. Cuma, aku tak boleh masak atau bau masakan.. Selera makan, jangan kira la.. Seminggu, at least 3 kali makan McD. Itu tak kira lagi Cadbury yang husband aku selalu beli.. Condition badan pun, okay je. Tak de masalah keletihan ke, apa ke.. Ingat lagi, time aku pregnant masuk bulan ke lima, aku dengan adik aku berjalan kaki more than 5km, dari klinik kesihatan balik ke rumah. Sebabnya, line telefon problem and aku call husband aku tak dapat-dapat. Mujur tak kena kejar dengan sekumpulan monyet liar.. Waktu pregnant kan Amanda, aku aktif la jugak.. Setakat nak shopping2 kat Sogo and Mid Valley tu, aku rasa kalah orang yang tak pregnant.. Hehehe.. Perut dah 7 bulan pun, pergi camping kat Lumut lagi.. Berkhemah pulak tu... Dan yang paling best, dah masuk bulan ke 9, aku dan husband pegi tengok wayang, mid night.. Tak teringat langsung yang perut tengah memboyot time tu. Dah keluar panggung, baru kitorang tergelak. Yelah, buatnya time tu nak terbersalin, tak ke parah.. Mujur semuanya okay, sampai lah hari aku bersalin. After a few hours with some complication, aku selamat melahirkan Amanda dengan keadah cesearean..
Now, after almost 6 years, i’m pregnant again. Kali ni, berbeza sangat. Awal2 dah teruk kena morning sickness. Badan dah lemah habis, sedangkan baru nak masuk 4 months. Selera makan, kadang2 okay, kadang2 tak ok.. My due will be on 2nd August 2010.. Harap2, semuanya akan selamat. Excited??? Of course.....

Isnin, November 02, 2009

Tahniah Badminton Malaysia..

Kejohanan Badminton Remaja Dunia yang berlangsung di Alor Setar, telah melabuhkan tirainya. Semua telah sedia maklum, pencapaian pemain remaja negara didalam kejohanan tersebut. Tidak dinafikan, jika terus digilap, mereka ini bakal menjadi pemain pelapis yang akan meneruskan sinaran sukan badminton negara. Bukanlah seorang pengulas sukan badminton yang arif tentang prestasi pemain, sebaliknya atas dasar seorang peminat sukan tersebut mendesak saya meluahkan pendapat terhadap kejohanan tersebut secara umum.

Walaupun terlepas pusingan pertama sepanjang kejohanan tersebut akibat kekangan kerja seharian, tidak mematahkan semangat saya untuk terus memberi sokongan kepada pasukan negara ketika pertandingan masuk ke peringkat separuh akhir. Bertemankan anak yang baru mencecah 5 tahun, saya meluangkan hujung minggu saya di Stadium Sultan Abdul Halim, menyaksikan kehebatan pelapis – pelapis badminton beraksi. Harga tiket bernilai RM30 yang boleh digunakan bermula pusingan pertama sehingga ke peringkat akhir, dilihat amat berpatutan bagi mereka yang mengikuti pertandingan ini dari pusingan pertama. Namun, bagi mereka yang cuma datang menyaksikan pertandingan akhir kejohanan tersebut, bayaran sebanyak itu dikira agak mahal. Rasanya, sekiranya pihak pengajur turut menjual tiket secara harian, pastinya lebih ramai yang akan datang memberi sokongan kepada pasukan negara disaat mereka berhempas pulas mengharumkan nama Malaysia. Bukanlah tidak menyokong penjualan satu tiket untuk sepanjang kejohanan, tetapi pihak penganjur perlu memberi lebih pilihan kepada penonton. Pihak penganjur boleh menjual satu tiket RM30 untuk digunakan sepanjang 5 hari kejohanan, disamping menjual tiket harian bernilai RM10 sehari. Jadi, penonton ada pilihan dan dapat membuat penilaian yang mana terbaik bergantung kepada budget ‘poket’ masing – masing.

Antara perkara yang menarik minat saya sepanjang 2 hari menyaksikan kejohanan tersebut ialah gelagat penonton. Kibaran bendera dan sorakan penuh semangat menghangatkan suasana stadium tertutup tersebut. Cuma ada sedikit kekesalan dihati saya, kehadiran penonton agak menyedihkan. Mujurlah penonton yang hadir semuanya bersuara lantang, lantas kuantiti yang sedikit tidak langsung mencacatkan kualiti sorakan. Difahamkan, hari yang sama pertandingan peringkat separuh akhir kejohanan diadakan, turut berlangsung Karnival Sua Rasa di perkarangan Stadium Darulaman. Pada tafsiran saya, mungkin ramai anak muda, terutamanya Melayu lebih gemar meluangkan masa mereka dikarnival – karnival seperti itu berbanding menyemarakkan semangat kesukanan dihati mereka. Secara peribadi, saya berbangga dengan penonton yang datang, tak kira bangsa, bersorak untuk pasukan yang sama. Malah, ada sekumpulan penyokong Malaysia yang terdiri daripada kanak-kanak belasan tahun, tak henti - henti mengibarkan bendera dan bersorak. Anak perempuan saya yang berusia 5 tahun yang teruja dengan gelagat mereka, turut bersorak sakan. Bayangkan apabila seorang anak yang belum tahu cara bermain badminton, menjerit dan bersorak ‘ Malaysia Boleh ‘ dan ‘ Iskandar Boleh ‘ dalam usaha menyatakan sokongannya kepada pasukan dan pemain negara, hati ibu mana yang tidak merasa bangga. Harapan saya pastinya, semangat seperti itu akan terus kekal didalam dirinya dan juga kanak – kanak lain yang cintakan semangat kesukanan.

Namun, disebalik kegirangan itu, ada terpalit rasa kesal yang amat sangat dengan sikap sesetengah penonton yang mula mengeluarkan kata – kata kasar apabila pemain negara mula menunjukkan tanda – tanda kekalahan. Tidak sepatutnya kata – kata kasar itu dilemparkan kerana bagi saya, pemain negara telahpun menunjukkan prestasi cemerlang mereka dan mereka tidak mengaku kalah sehinggalah ke mata yang terakhir. Lainlah kalau yang mengeluarkan kata – kata pedih itu adalah jurulatih mereka sendiri. Jika ditanya balik kepada diri masing – masing, mampukah kita bermain seperti mereka? Jika terlampau pandai mengkritik itu dan ini, apa kata masing – masing ambil raket dan cuba bermain seperti mereka. Bukan mudah jalan yang pemain – pemain negara ini terpaksa lalui untuk berada ditempat mereka hari ini. Ketika pertandingan akhir perseorangan lelaki yang menyaksikan pemain negara tumpas kepada pemain dari Negara China, sepatutnya penyokong perlu terus memberi kata – kata semangat kepada beliau, kerana kalau kita sebagai penonton rasa kecewa, bayangkan perasaan pemain tersebut. Saya tidak pasti sama ada penonton sedar atau tidak, tetapi kekecewaan amat jelas terpancar diwajah Iskandar Zulkarnain sejurus selepas beliau tewas. Jadi, rasanya tidak perlu lagi kita sebagai peminat badminton menambah kekecewaannya dengan mengeluarkan kata – kata yang tidak sepatutnya. Sama juga ketika pemain beregu lelaki kita ketinggalan pada mata 17-20 kepada pemain Indonesia dipusingan penentu, ramai penonton dilihat mula bangun dan meninggalkan stadium. Konon – kononnya kerana kecewa dan tiada harapan, sedangkan pemain masih lagi berhempas pulas digelanggang. Saya pasti, sesiapa pun yang meninggalkan stadium ketika itu pastinya menyesal dan rugi kerana perlawanan tersebut antara perlawanan yang menyaksikan kesudahan yang paling menarik untuk ditonton. Mentaliti penyokong sebeginilah yang perlu diubah. Sekiranya kita sayangkan sukan tersebut, kita perlu terus menyokong pemain tanpa perlu ada rasa kecewa kerana selain daripada kekuatan fizikal, pemain turut memerlukan kekuatan mental dan spiritual yang sebahagiannya datang dari penyokong dan penonton.

Tidak dinafikan, daripada aspek mutu permainan, banyak perkara perlu diperbaiki di masa hadapan. Namun, siapalah saya untuk memberi kritikan dan teguran melampau. Adalah menjadi tanggungjawab jurulatih dan pemain itu sendiri untuk mencari kelemahan masing – masing dan memperbaikinya, kerana mereka lebih tahu dimana kelemahan mereka. Walaupun masih diperingkat remaja dan pelapis, namun pemain dan jurulatih perlu memastikan prestasi cemerlang terus kekal dalam usaha negara melahirkan lebih ramai pemain badminton bertaraf dunia. Sampai bila kita perlu terus meletakkan sandaran dan tanggungjawab berat kepada Datuk Lee Chong Wei? Sudah sampai masanya kita meletakkan barisan hadapan yang baru, muda dan bersemangat untuk meneruskan perjuangan senior – senior mereka. Kita pernah digeruni dalam sukan badminton, malah sehingga kini kita ditakuti pihak lawan. Dengan lahirnya pelapis – pelapis ini, diharapkan agar kita terus menjadi negara yang digeruni dan dihormati pihak lawan di masa hadapan.

Kepada barisan pemain pelapis badminton Negara sekalung tahniah saya ucapkan diatas pencapaian yang membanggakan. Semoga semangat anda semua tidak luntur malah terus bangun dan berusaha memberikan yang terbaik untuk Malaysia yang tercinta. Teruskan prestasi cemerlang dan tingkatkan usaha agar kecemerlangan itu dapat dikekalkan. Jadikan setiap teguran, cemuhan dan kekalahan sebagai satu pelajaran yang amat berguna yang perlu dijadikan iktibar. Jangan mudah melatah apabila diulit kejayaan kerana kelalaian itulah yang akan menjatuhkan anda satu hari nanti. Harapan saya, biarlah nama Malaysia yang telah sedia terukir dimata dunia, akan terus menyinar.. Majulah badminton untuk Malaysia.

AMYJAY
Alor Setar, Kedah


p/s: Rencana ini telah dihantar ke akhbar Utusan Malysia pada 03.11.2009..

Sabtu, Ogos 15, 2009

IF TODAY WAS YOUR LAST DAY

My bestfriend gave me the best advice
He said each days a gift and not a given right
Leave no stone unturned
Leave your fears behind
And try to take the path less travelled by
That first step you take
Is the longest stride

If today was your last day
And tomorrow was too late
Could you say goodbye to yesterday
Would you live each moment like your last
Leave old pictures in the past
Donate every dime you had
If today was your last day

Against the grain should be a way of life
Whats worth the price is always worth the fight
Every second counts cause there's no second try
So live like you're never living twice
Don't take the free ride in your own life

Would you call those friends you've never seen
Reminces old memories
would you forgive your enemies
Would you find that one your dreaming of
Swear up and down to God above
That you'll finally fall in love
If today was your last day

If today was your last day
Would you make it up
By mending a broken heart
You know its never too late
To shoot for the stars
Regardless of who you are
So do whatever it takes
Cause you can't rewind
A moment in this life

Let nothing stand in your way
Cause the hand of time
Are never on your side.....


;) Enjoy!!!

Selasa, Ogos 11, 2009

SKTR Rocksss...


Assalamualaikum...


Pernah at one time, adik aku ajak aku join all stuff cam friendster la, myspace la, whatever la... but, aku tak pernah tertarik pun.. Sampai la satu hari, aku tergerak hati nak join facebook.. Itu pun lepas dok dengar orang bising2 pasal facebook sana, facebook sini.... Bila dah join, aku tengok, banyak jugak baiknya facebook ni.. Cam budak2 muda sekarang, of course la guna facebook ni untuk cari kawan baru.. But, bagi aku pulak, melalui facebook ni, aku jumpa balik kawan2 dari zaman tadika, sampai la sekarang... Yang dulunya, aku pun tak tau kat mana dah depa ni, boleh jumpa balik... Lepas tu, mula la senyum sorang2 sambil dok ber facebook... Hahaha...


Sepanjang perjalanan hidup kita, pasti banyak detik2 suka, duka yang dah kita lalui.. Life aku dari kecik, memang sempoi.. Boleh dikatakan, zaman sekolah, aku memang ramai kawan.. Mana tak ramai, sekolah rendah jer aku bersekolah di 2 buah sekolah.. Darjah 1 sampai 4 1/2 aku skol kat Sek. Keb. Sg. Korok Baru... then, darjah 4 1/2 sampai darjah 6, Sek. Keb. Tunku Raudzah.. Kalau tanya member2 sekolah rendah, tak kira la sekolah mana pun, depa mesti kata, depa kenal aku sebab aku ni tukang syair and penari sekolah... hahahaha... Ha, tu la keje aku waktu sekolah rendah. Waktu kat SKSKB, aku penyair sekolah... Kat SKTR, aku penari sekolah... Tapi, best la time tu.. Sebab tu kalau orang tanya aku, if i can turn back time, aku nak pi ke zaman mana? Aku akan jawab, zaman sekolah rendah la... Enjoy...


Sekolah menengah, aku skol kat Sek. Men. Keb. Sultanah Asma... Glamour giler sekolah aku tuh... Selain one of the best skol in Kedah n Malaysia overall, saper tak kenal band Asma.. Dari zaman dulu, bukan senang nak masuk Asma.. Kena straight A.. Kira, rezeki aku la.. Walaupun asyik menari je sepanjang darjah 6 tu, aku boleh score jugak untuk masuk Asma.. Hehehe... Bagi yang tak tau, Asma ni sekolah pompuan semua... Aku cam cultural shock la jugak.. Sebab geng2 baik aku time primary skol, budak laki.. Tapi, depa pun ramai masuk skol laki semua... Hahaha.. Kat Asma, aku bersyukur sangat sebab dapat geng yang memang boleh masuk satu kepala dengan aku... Walaupun, aku banyak main2 sehingga menyebabkan aku tak la score gila2 dalam SPM, but aku bersyukur la aku still dapat pangkat 1. Time aku tu, mana ada kira brapa A,B,C...


Life aku continue at UiTM... Dungun.. Aku rasa, semua pahit manis dan siapa aku hari ni dibentuk disini... Ada benda yang aku lega sebab aku buat.. But banyak benda yang aku menyesal.. Aku kenal kehidupan dan kedewasaan kat UiTM la... Aku kenal kasih sayang, cinta dan kekecewaan pun kat UiTM la.. Aku kenal erti sabar dan putus asa pun, kat UiTM la..


Aku cerita roughly about my past times, bukan apa... nak try relate kan dengan facebook aku.. hahaha... Dalam ketiga2 alam belajar yang aku lalui, aku paling ingat kenangan manis waktu darjah 6... Sebelum ni, aku memang lost contact abis dengan geng2 ni... Tak sangka, melalui facebook, aku dapat jumpa balik few names yang memang rapat giler dulu... Bila tengok balik muka sorang2 yang memang dah berubah habis, aku nak tergelak pun ada... Mula la dok teringat balik kisah zaman tu...


This one, aku dedicate kat bebudak SKTR... Why? Sebab hangpa la yang menyerikan hidup aku... Aku tak pernah lupa kenangan aku sepanjang 2thn setengah kat SKTR.. Ramai la member2 aku yang dok bercinta monyet time tu... Bukan aku arrr... Aku budak baru, so, budak lelaki tak berani kacau sangat.. Ada jugak yang garang and tak layan lelaki... Dalam kelas aku saja, macam2 jenis perangai ada... Paling best, lepas habis UPSR.. Dah terus tak masuk kelas.. Kalau tak ke Taman Budaya untuk menari, aku lepak dengan budak2 kelas kat meja bulat, kat bawah pokok.. Entah ada ke dah tak dak meja tu.. Terlalu banyak kenangan kat situ.. Tiap2 hari, beli rojak kat mak cik tepi pagar sekolah, and kita semua makan ramai2... Time tu jugak kalau nak tengok drama bergaduh antara Liara ( bdk laki panggil 'lion' ) dengan Kamarul... Robaayah bercinta dengan Hafis... Hahaha.. Junior2 semua takut ja.. Maklum la.. cam otai pun ada..

Aku, kelas 6 Biru.. Hehehe.. Kelas no 1 la.. Cikgu kelas, cikgu Siti Rokiah.. Best giler cikgu ni.. Dia memang sayang habis kat student dia... Partner dia, Teacher Siti Hajar.. Teacher garang sikit.. tapi aku rasa, sebab dia garang la aku boleh score english... Hangpa ingat tak cikgu Ahmad.. Cikgu Matematik yang garang giler.. Tak siap keje sekolah, tak hafal sifir ngan tak boleh jawab kuiz dia buat, mamposss laaa... Bdk pompuan boleh tahan la kena rotan kat tangan.. Budak laki, memang kena kaw2 punya laa... Hari dapat result UPSR, aku kat tempat menari... Masa tu, mana ada handphone2 ni.. So, nak tak nak, kena tunggu sampai petang.. Pi tengok kat notice board kat library, terus lompat2 bila geng2 kita semua dapat straight A's. Paling cikgu tak sangka, of course la aku.. sebab tak pernah pegang buku langsung.. menari ja kerja.. hehehehe.. Yang paling aku sedih, last day kita kat sekolah... Menangis bagai nak rak.. Aku tau, budak laki pun ada gak yang menangis time tu.. Tak payah la dok perasan macho... hahaha..


Aku, sampai sekarang selalu harap, aku dapat balik ke masa tu.. Dalam mimpi pun, jadi lah.. Hangpa terlalu bermakna dalam hidup aku.. Skang, ada yang dah jumpa balik dalam facebook. Aku harap, kita semua tak lost contact lagi.. At least, time2 aku sedih, aku boleh tersenyum dan gelak sorang2 bila teringat kat hangpa... Kenangan yang pernah kita share, akan aku ingat sampai akhir hayat aku... Liara, Robaayah, Raja, Khairi, Kamarul, Afzal, Hanif, Azizul, Yazian, Sulastri, Fazlia, Humaizee, Saiful Azrul, Devinthiran, Azwa Jannah, Rohaizad, Fahmi, Zaki, Muzammil, Azreena, Khairil Shahrizal, Shukri, Fairus... ish.. ramai lagi la... Aku sentiasa menghargai kehadiran hangpa semua dalam hidup aku... Kepada yang aku lupa nak mention, sorry.. Bukan tak ingat, mungkin terlepas pandang...


Harapan aku, kenangan2 tu, bukan saja segar diingatan aku sorang saja... SKTR Rockssss...


Ahad, Julai 26, 2009

Salam Buat Semua....

Assalamualaikum...

sebenar nya, ini bukan lah kali pertama aku cuba untuk create my own blog.. tapi, pada awalnya, ader jugak terfikir, what for?? aku bukannya ader bisnes juta2 nak introduce kan melalui blog.. but then, i found something better about blogging.. i can shout out my voices out loud, without interupting anyone else.. ikut suka aku, aku nak cakap aper... itu salah satu sebab why i choose this name... shoutoutmyvoices... hahaha...

mungkin ader yang suka dengan penulisan aku.. mungkin ader yang menyampah.. but, this is me.. bestfriend aku pernah kata, aku ni memang ayat power.. hahaha.. maybe, at one time.. la ni dah tak power mana pun.. but i take it as a compliment la.. bukan senang orang nak bagi tittle cam tu kan, melainkan, memang ayat aku power giler..

first sekali, aku menulis bukan sebab nak glamour.. kalau nak glamour, dah lama aku ceburi dunia hiburan.. suara pun boleh tahan perr.. aku just nak share aper benda yang ader dalam otak kanan dan kiri aku yang mungkin aku tak dapat nak luahkan dengan kata2.. ewahh.. well, sometimes, ader benda yang lebih mudah untuk diluahkan dengan penulisan instead of bercakap berdepan.. betul tak?? jangan tipu laaa.. semua orang pernah lalui saat lidah kelu untuk berkata2.. kalau tak time takut nak mengaku buat salah, first time dating, mesti masing2 kelu.. kesimpulannya, aku percaya setiap orang pasti pernah alami saat tak boleh nak cakap apa2.. so, aku rasa, blog antara medium terbaik untuk kita nak luahkan perasaan...

secondly, aku nak try asah bakat aku menulis... hahahaha... sebabnya, mama aku daripada aku sekolah lagi dia dah start suruh aku menulis.. dia kata aku ader bakat.. ( shila, maybe hang betoi pasai ayat power tuhhh.. ) mana taknya, aku study karangan bm untuk exam PMR, guna buku form 6.. sebab tu, aku pernah kena pen merah dengan cikgu, sebab karangan panjang sangat.. hahaha... orang lain pening tak tau nak jawab soalan yang mana sebab tak de idea.. aku pulak, kalau ader lebih masa, nak jawab semua soalan.. so, maybe kat blog ni lah antara langkah awal aku untuk menulis....

so, kepada semua yang sudi berkunjung ke blog aku ni, sori la kalau ader tatabahasa aku yang tak betul.. mana lah tau, ader antara korang ni pakar bahasa.. malu la aku... semua yang aku cuba tulis, adalah aper yang aku fikirkan secara peribadi... mungkin pengalaman yang dah aku lalui akan aku share untuk kita semua nilai bersama... mungkin juga aku akan share my thought on aper yang dah orang sekeliling aku alami.. juga sekadar untuk kita fikir dan nilai bersama..

okay... see yer in my next post... wassalam....